Thursday 27 February 2014

batch '97


okay, firstly, nisah nak kenalkan dulu kawan2 nisah yang lelaki ni.. tapi sedihnya, ada yang tak ada la kat dalam gambar ni.. :(
so, yang berdiri tu dari kiri : Akram, Azri, Ijal, Danial, Faizal..
yang duduk tu pula dari kiri : Syawal, Farhan, Ikhmal..

disebabkan permintaan daripada Ikhmal, sebab dia jealous bile nisah ada letak serba sikit pasal kawan2 perempuan nisah, so dia nak lah nisah letak pasal lelaki ni jugak.. terpaksa lah ikut,, kalau tak merajuk ngada pulak.. okay, nak cerita pasal ape ek,,

AKRAM
dia pandai, genius, sambung belajar di MRSM Muadzam Shah.. selalu kena gosip dengan Izzati Farhanah.. gosip makin menjadi bila diorang same2 dapat tawaran belajar kat MRSM tu.. tapi nak buat macam mana kan.. tu namanya rezeki.. tapi bila diorang digosipkan gitu, ada a jelesnye jugak.. beb! siapa tak nak laki pandai, alim macam tu.. haha.. terlebih sudah...

AZRI
mamat ni sorang lagi.. 100% berubah bila nisah satu kelas dengan dia waktu form 4&5.. mane taknya, sekolah rendah dulu, bukan main pendiam lagi.. nak bercakap dengan dia, bukan main susah kut... tapi sekarang, jangan kata ape la,, dia dah pandai kenakan orang bagai.. almaklumlah,, ketua pengakap.. haha

IJAL
ujang sorang ni pun sama.. makin berlagak bila dia jadi ketua pengawas kat sekolah..tapi, berani dia belagak ngan nisah and the gang.. kalau dia berlagak ngan kiteorang, salah langkah namanya tuh..ape2 pun, dia mang kawan yang terbaik.. kalau nak cerita pasal gosip, memang penat la tangan ni nak menaip, mana taknya, budak hot, mestilah banyak gosip.. dengan nisah sekali terbabit.. haishh.. APTB.. dia mang terbaik lah, sebab dia lah penyeri kelas, kengkadang aje la..

DANIAL
budak tinggi ni lagi banyak masalah.. btw, dia lah kawan lelaki karib nisah.. mane tak nya, rahsia nisah sume dia tahu.. so, kenalah buat baik2 sikit dengan dia, almaklumlah, takut rahsia bocor..haha.. ape lagi ek pasal dia ni,, ha! dia ni ketua kelas kiteorang untuk 2 tahun yang terakhir kiteorang dianggap pelajar sekolah menengah.. dia ni seorang yang bertanggungjawab, berwibawa la sikit, dan mengada tahap gaban..haha.. sorry danial..

FAIZAL
ni lagi trouble.. parah parah... ade ke patot ade orang cakap muke dia macam Randy Pangalila.. beb! tu mesti taik mata ade melekat lagi..haha.. nisah rasa muke dia takada lah macam Randy pun, tapi dia mang suka menyanyi, maybe nak jadi macam Randy la tu.. dia ni hot jugak.. boleh dikatakan mengalahkan ketua pengawas kita yang tadi tu..almaklumlah,, ramai peminat disebabkan kemerduan suaranya..haha.. ape2 pun, chayyokk!! teruskan usaha anda, Faizal..

SYAWAL
inilah best friend forever si Akram tadi..kalau kawan pandai, mestilah dia pun pandai jugak.. sekarang study kat SMS Sembrong.. pandai tu woo.. haha.. dia ni kawan nisah jugak lah waktu form 3 jer kut,, haha,, tu pun sebab nisah duduk kat belakang dia dalam kelas.. dia pun ade jugak simpan rahsia nisah yang sampa sekarang kawan2 nisah pun tak tau,, dan kemungkinan jugak, dia dah lupa.. haha

FARHAN
farhan......... farhan ek....... ape ek nak taip pasal dia ni........
krikk....krikk....krikkkkkk......
ermmmm,, dia okay la.. bole tahan baik dan boleh tahan jahat..haha
dia awesome la gitu.. habis cerita... haha

IKHMAL
okay,, budak bajet handsome ni ade kawan baik,, kawan baik giler2 la..  namenye Hafiq, tapi nisah tak dapat nak tunjukkan dalam gambar,, nisah ade satu je gambar diorang, tapi tak simpan dalam telefon.. :(
so, Ikhmal... dia ramai peminat jugak, sebab dia kan hensem, kacak, dan bergaya gitu,, cehh,, terlebih promote pulak..haha.. dia sangat2 lawak.. bila dia gabung dengan hafiq, diorang jadi double lawak.. haha.. and diorang pun penyeri kelas,, biasalah, bila tengah tension belajar, mestilah nak enjoy2 sikit kan..so, memang beruntung lah ada mereka berdua yang sehati sejiwa tu..


LOVE BATCH '97!!

Monday 24 February 2014

Alhamdulillah

 

Assalamualaikum warahmatullah....
aisehhh,, lama sungguh tak menaip.. dan akhirnya, dapat pun buka blog setelah sekian lama memendam rindu terhadapnya.. cewahhh..ayat baik gitu.. sekarang, kotak masa menunjukkan jam 9.20 pagi..sejak mendaftarkan diri sebagai pelajar SPM, aku semakin sibuk dengan buku-buku pelajaran yang perlu ditelaah..
namun akademik saja bukanlah suatu kemestian untuk aku meneruskan pelajaranku ke menara gading.. aku memerlukan markah kokurikulum yang manis untuk mataku melihatnya..
namun begitu, aku tahu, aku telah tersalah langkah.. disebabkan terlalu taksub dengan markah kokurikulum, aku terlupa akan kepentingan pelajaran ku..tapi, aku masih berasa beruntung kerana tersedar ketika mataku masih celik.. sekurang-kurangnya aku tidak terus terpesong jauh..
TERIMA KASIH YA ALLAH..
ALHAMDULILLAH
:)

Wednesday 4 December 2013

MEMORI


KAWAN..senang dicari, namun susah untuk membuang mereka. .
biar aku perkenalkan..

yg berdiri dari kiri:athirah ramlan(biru), Afrina(putih), sabariah(ungu), aliah(putih), uzma(biru), farhanah(biru), athirah assalah(biru)..

yg duduk dari kiri:awien(biru), farhah(ungu), izzati(putih), syarena(ungu,depan), saya( ungu), asma(biru)..


okay,, yang ni pulak syima(berdiri).. yang duduk tu saya.. syima kawan pertama yang saya jumpa waktu orientasi tingkatan satu.. dia memang baik,,selalu ambil berat pasal saya, tak kira waktu dia sibuk atau tak,, dia pandai, baik, bijak,hmmmm,,, saya pun tak tahu nak describe macam mana pasal dia,, dan lagi satu, dia seorang k-poper..

KAWAN, TEMAN, SAHABAT
bagi saya sama saja. mereka sentiasa ada dalam hidup saya terutama susah atau senang..tapi, sebgai remaja, kawan pun kena pandai pilih. dan, Alhamdulillah, Allah memnbantu saya menemui sahabat yang betul.. yang mampu membawa saya ke arah kejayaan..

namun, tak semuanya indah bersama mereka. kadangkala ada juga perkara yang menjadi punca kami bergaduh..ada tangisan, gelak tawa, suka duka.. inilah yang dinamakan memori.. hampir 5 tahun bersama bukanlah penyebab untuk kami bergaduh terlalu lama.. 
kami sering 'stay' di sekolah jika berada di minggu peperiksaan. kadang kala, sengaja ingin berkumpul dan belajar bersama. bukan belajar saja bersama, makan pun bersama, bayangkan, setiap hari kami memesan makanan yang sama.. sehati sejiwa la katakan..

setiap insan pasti tidak boleh hidup berseorangan.. seperti kami, saling memenuhi antara satu sama lain.. kerana kami tahu bahawa semua insan tidak sempurna, maka hadirlah insan bernama kawan untuk menyempurnakan diri kita..

Ina, Aliah, Awien, Syarena, Athirah R, Athirah A, Sabar, Syima, Atikah, Raihan, Uzma, Farhah, Asma, Azzahra, Izzati..
Danial, Syahrizal, Akram, Syawal,Akmal, Farhan, Amir, Izzat..
merekalah yang selama ini melengkapkan hidup saya..

buat kawan-kawan, saya SAYANG awak semua!

Sunday 1 December 2013

Kasihan

wanita. .
sememangnya sudah lazim dengan sifat terburu-buru dan cemburu. .
lelaki perlu memahaminya, terutama yang sedang berkasih. .

'kalau sudah tahu itu perangkap, mengapa ingin mencuba jua'

jangan permainkan perasaan mereka. .
pantang bagi mereka apabila melihat si heronya bersama wanita lain meskipun istilah 'kawan' menjadi pegangan. .

memang tidak seronok jika berpacaran tiada dugaan. .
tetapi, biarlah dugaan yang bertempat. .
melukakan hati si buah hati adalah sangat menyakitkan. .
biarlah titisan air mata yang mengalir dalam perhubungan merupakan titisan jernih kerna kegembiraan, bukan kesedihan. .

Saturday 30 November 2013

bicara hubungan kita

mengapa hati ini sering berbisik
akal pula ligat berfikir
memerah segala kenangan yang telah musnah
mencari jawapan bagi persoalan 
yang berada di setiap penjuru hubungan ini.

bosan?
rimas?
mungkin
kejujuran tiada di setiap bicara mu
aliran air jernih bagai rutin untuk terus mengalir
ku tahu
aku bukanlah yang terbaik
aku tidak sempurna
maafkan ku kasih
tapi bicara hatiku sentiasa ikhlas
dalam perhubungan ini